Wednesday 18 December 2013

sedarnya ilmu itu di mana

Allahu Rabbi
Sesungguhnya setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan
sebaknya hati
bila mana dulu sering tak mengendah kata-katanya
sering mempersoal tindak-tanduknya
bila terjadi perpisahan
mulalah hati nak berjiwang bagai
sedih melanda badai
i'm bet, 'beliau' antara orang yang berjaya mengetuk tangkai jiwa
mengenal ilmu yang sering manusia persia
ilmu yang dikatakan susah
tapi baginya ilmu Allah itu ada dimana-mana
Ilmu perlu dicari bukan datang dengan sendiri
ilmu itu umpama permata yang bersinar di puncak gunung
hanya manusia yang berusaha dengan seikhlasnya akan memperoleh
SUBHANALLAH
bijak kan aturan TUHAN
ada sebab kenapa Allah takdirkan kita
mungkin untuk menyedarkan aku yang berangan tak sudah
walaupun hanya sekejap cuma kita bertemu
INSHAA ALLAH
doa akan sentiasa meniti di bibir
doa anak untuk ibu bapa
doa adik untuk kakak dan abang
doa pelajar untuk guru
doa kawan untuk sahabat
doa hamba untuk Penciptanya
WALLAHUALAM~

 c&p from #akuIslam

 Ada ketika.
Tuhan atur, kita diuji dengan sebuah pertemuan.
 Pertemuan yang membawa perubahan.
Pada kita dan pada dia.
Menjadikan kita baik, dan lebih baik.
Lalu, kita diuji lagi, dengan sebuah perpisahan.
Perpisahan yang juga mungkin membawa perubahan.
Adakah kita kekal baik dan terus baik,
Tanpa dia disisi.

“ Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”
~Abdullah bin Abbas



Sunday 10 November 2013

Assalamualaikum wbt~~

TANGGUNGJAWAB
means??
tanggung+jawab
merangkaikan dua kata
merungkaikan seribu makna
istilah yang sering digunakan
tetapi sedar atau tidak manusia selalu lari dari perkataan tersebut

tanggung means memikul atau menggalas beban
jawab bermaksud balasan yang diucap apabila disoal
bila digabung membawa maksud kewajipan yang perlu seseorang itu tanggung
MASHAALLAH
sangat besar pengertiannya
namun
sedarkah kita??
dimana tanggungjawab kita?
di mana tanggungjawab kita sebagai seorang anak?
di mana tanggungjawab kita sebagai seorang muslimah?
di mana tanggungjawab kita sebagai seorang isteri?
di mana tanggungjawab kita sebagai masyarakat dan rakyat?

jangan mempersoal tanggungjawab kepada manusia
andai tanggungjawab kepada yang berhak pon kita memungkiri
selalukah kita menepati masa bila berjumpa denganNya?
selalukah kita membuat apa yang disuruhNya?
sebenarnya
tanggungjawab mengajar erti ketaatan
tanggungjawab mengajar erti keikhlasan
tanggungjawab mengajar erti keimanan

namun,
hari demi hari
manusia sering alpa
tanggungjawab kepadaNya mulai goyah
mengejar dunia yang tak pasti
akhirat ditinggalkan
malaikat resah
syaitan bersorakan
akhirnya manusia rebah.

Allah berfirman:
'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 30)











Saturday 2 November 2013


Assalamualaikum wbt~~

Sungguh
Allah menguji pada orang yang sanggup menghadapinya sahaja
Ingat,
jangan lari dari ujian
org yg lari dr ujian ni mcm lari dr medan perang
Allah x suka dan confirm2 dianggap berdosa besar
remember,
setiap ujian yang diuji bukan sengaja atau suka-suka
Ujian mematangkan kita
Ujian menambahkan keimanan kita,
Ujian melengkapkan kita,
Ujian menyebabkan kita cinta akan ALLAH

Sungguh, kesabaranku hanyalah senipis kulit bawang..mungkin akhir nanti aku terpaksa mengibarkan bendera putih
Namun, Ya ALLAH,aku berlindung dari syaitan yang sentiasa menyesatkan hati manusia
 Engkau berikanlah sifat kesabaran dan tabahkan hatiku untuk meneruskan perjuangan ini..
Ameen Ya Rabb..


Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang mampu menghilangkannya melainkan Dia sendiri.Dan jika Diamendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu (Al-An'am:17)

Wednesday 30 October 2013

Assalamualaikum wbt
technically i'm a new comer yg cuba nk membawa diri sendiri jd org yg lebih baik dr smlm,klmarin n seterusnya..so yg baik jdkn teladan dan yg jahat jdkn sempadan k!


kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
that quote melambangkan seribu makna yang hanya manusia itu sendiri dapat mengubah corak keperibadiannya whether nak jadik baik or buruk.
terpulang.
but as a human or technically hamba Allah, kita kena sedar yang hidup kita ni hanya sementara dan bila sampai masa Allah suruh malaikat maut cabut nyawa kita then we're gone in this world
tp pernah tak kita duduk diam2, fikir, then kata kat diri sendiri "apa yg aku dah buat?", "cukup ke amalan aku", "agak2 brpa ilmu aku dh baca n hafal tp tersemat kat otak or flying away", "berapa byk yg aku dh berkorban utk ibubapa n family aku" dan semua persoalan hanya anda mampu beri jwpn

quote kat atas ni sebnarnya mengingatkan aku time sekolah dolu-dolu
now, baru aku FAHAM apa yg cekgu aku cuba nk sampaikan
biasala dulu agak nakal orangnya..

analoginya
benih yang baik ialah benih yang dijaga dengan penuh kasih-sayang yang berkurang pon tak berlebih pon tak
benih tu dijaga,ditatang dgn seelok-eloknya supaya satu hari nanti menjadi pokok yang sentiasa mengeluarkan buah yang sedap or bunga yang sentiasa mekar

begitulah manusia
setiap hati dan jiwa bayi yg dilahirkan  masih dlm keadaan suci
ibubapalah yang mencorakkannya
tak kira la dr segi apapon
Moga menjadi ibubapa yg baik KELAK!!
Wallahualam~

In trusting Allah,remember that what best for you might be what most painful ~Sh. Omar Suleiman~