Sunday 10 November 2013

Assalamualaikum wbt~~

TANGGUNGJAWAB
means??
tanggung+jawab
merangkaikan dua kata
merungkaikan seribu makna
istilah yang sering digunakan
tetapi sedar atau tidak manusia selalu lari dari perkataan tersebut

tanggung means memikul atau menggalas beban
jawab bermaksud balasan yang diucap apabila disoal
bila digabung membawa maksud kewajipan yang perlu seseorang itu tanggung
MASHAALLAH
sangat besar pengertiannya
namun
sedarkah kita??
dimana tanggungjawab kita?
di mana tanggungjawab kita sebagai seorang anak?
di mana tanggungjawab kita sebagai seorang muslimah?
di mana tanggungjawab kita sebagai seorang isteri?
di mana tanggungjawab kita sebagai masyarakat dan rakyat?

jangan mempersoal tanggungjawab kepada manusia
andai tanggungjawab kepada yang berhak pon kita memungkiri
selalukah kita menepati masa bila berjumpa denganNya?
selalukah kita membuat apa yang disuruhNya?
sebenarnya
tanggungjawab mengajar erti ketaatan
tanggungjawab mengajar erti keikhlasan
tanggungjawab mengajar erti keimanan

namun,
hari demi hari
manusia sering alpa
tanggungjawab kepadaNya mulai goyah
mengejar dunia yang tak pasti
akhirat ditinggalkan
malaikat resah
syaitan bersorakan
akhirnya manusia rebah.

Allah berfirman:
'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 30)











Saturday 2 November 2013


Assalamualaikum wbt~~

Sungguh
Allah menguji pada orang yang sanggup menghadapinya sahaja
Ingat,
jangan lari dari ujian
org yg lari dr ujian ni mcm lari dr medan perang
Allah x suka dan confirm2 dianggap berdosa besar
remember,
setiap ujian yang diuji bukan sengaja atau suka-suka
Ujian mematangkan kita
Ujian menambahkan keimanan kita,
Ujian melengkapkan kita,
Ujian menyebabkan kita cinta akan ALLAH

Sungguh, kesabaranku hanyalah senipis kulit bawang..mungkin akhir nanti aku terpaksa mengibarkan bendera putih
Namun, Ya ALLAH,aku berlindung dari syaitan yang sentiasa menyesatkan hati manusia
 Engkau berikanlah sifat kesabaran dan tabahkan hatiku untuk meneruskan perjuangan ini..
Ameen Ya Rabb..


Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang mampu menghilangkannya melainkan Dia sendiri.Dan jika Diamendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu (Al-An'am:17)