Monday 1 December 2014

Kronologi kehidupan umat Islam

Assalamualaikum~~
Kronologi kehidupan umat Nabi Muhammad SAW

Kronologi 1: ANDA BERADA DI ZAMAN MANA?
Mengikut Rasulullah SAW melalui hadis-hadis sahih, kronologi umat ini akan berlangsung seperti berikut:

Fasa 1: Kenabian
Iaitu mereka yang hidup pada masa Rasulullah SAW masih hidup. Mereka ini ‘Taat dan Patuh’ pada setiap yang Allah dan RasulNya khabarkan.


Fasa 2: Khalifah Ar Rasyidin An Nabiyin
(Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
Iaitu berada di bawah pemerintahan khalifah-khalifah yang menjalankan system dan kaedah seperti mana yang di anjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu di bawah 4 Khalifah terkemuka Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Kaedah pemilihan kekhalifahan pada fasa ini adalah dengan cara pemilihan dalam musyawarah, dan bai’ah


Fasa 3: Raja-Raja Yang Menggigit 
(Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
Disebut raja-raja adalah kerana kekhalifahan Islam semasa itu mengamalkan kaedah atau system beraja (monarki) di mana Bapa akan menurunkan tahtanya kepada anaknya.Masa ini walaupun Islam di bawah satu payung, tetapi ada kalanya pemerintahannya tidak menjalankan agama, kerana bukan semua anak-anak akan menjalankan syiar Islam. Tetapi waktu sebegini, umat Islam masih dibawah satu pemerintahan. Contoh kerajaan ini ialah Kerajaan Umaiyah,  kerjaan Abbasiyah dan Kerajaan Uthmaniyyah


Fasa 4: kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."
zaman ini merupakan zaman yang diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Pada zaman ini juga akan ada satu fitnah yang maha dahsyat iaitu fitnah dajjal. Pada ketika ini, dajjal bersama konco-konconya yakni iblis akan mengumpulkan sebanyak mungkin pengikut-pengikut untuk ke neraka. Kemunculan dajjal hanyalah 4o hari. Namun, 40 hari bukanlah sama hari yang di alami ketika ini.  Zaman ini akan berakhir setelah munculnya Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S yang akan membawa kebenaran dan cahaya kepada Islam.


 FASA 5: Zaman Kenabian Al Masih Isa a.s
Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”
Sesudah turunnya Al Masih Isa Putra Maryam a.s, dia akan membunuh Dajjal. Nabi Isa juga akan membawa umat ini kepada jalan keselamatan dari ‘Yakjuj dan Makjuj’ sehingga hancurlah mereka itu. Kehidupan selepas itu akan kembali tenang dan damai dan manusia akan dapat melaksanakan tuntutan Imannya. Misi Al Masih Isa Putra Maryam akan terlaksana dalam masa 40 tahun dan sesudah terlaksananya misi yang Allah berikan kepadanya, dia akan kembali kepada Allah SWT dengan cara wafat seperti wafatnya manusia.

~wallahualam~


x