Monday 1 December 2014

Kronologi kehidupan umat Islam

Assalamualaikum~~
Kronologi kehidupan umat Nabi Muhammad SAW

Kronologi 1: ANDA BERADA DI ZAMAN MANA?
Mengikut Rasulullah SAW melalui hadis-hadis sahih, kronologi umat ini akan berlangsung seperti berikut:

Fasa 1: Kenabian
Iaitu mereka yang hidup pada masa Rasulullah SAW masih hidup. Mereka ini ‘Taat dan Patuh’ pada setiap yang Allah dan RasulNya khabarkan.


Fasa 2: Khalifah Ar Rasyidin An Nabiyin
(Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
Iaitu berada di bawah pemerintahan khalifah-khalifah yang menjalankan system dan kaedah seperti mana yang di anjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu di bawah 4 Khalifah terkemuka Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Kaedah pemilihan kekhalifahan pada fasa ini adalah dengan cara pemilihan dalam musyawarah, dan bai’ah


Fasa 3: Raja-Raja Yang Menggigit 
(Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
Disebut raja-raja adalah kerana kekhalifahan Islam semasa itu mengamalkan kaedah atau system beraja (monarki) di mana Bapa akan menurunkan tahtanya kepada anaknya.Masa ini walaupun Islam di bawah satu payung, tetapi ada kalanya pemerintahannya tidak menjalankan agama, kerana bukan semua anak-anak akan menjalankan syiar Islam. Tetapi waktu sebegini, umat Islam masih dibawah satu pemerintahan. Contoh kerajaan ini ialah Kerajaan Umaiyah,  kerjaan Abbasiyah dan Kerajaan Uthmaniyyah


Fasa 4: kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."
zaman ini merupakan zaman yang diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Pada zaman ini juga akan ada satu fitnah yang maha dahsyat iaitu fitnah dajjal. Pada ketika ini, dajjal bersama konco-konconya yakni iblis akan mengumpulkan sebanyak mungkin pengikut-pengikut untuk ke neraka. Kemunculan dajjal hanyalah 4o hari. Namun, 40 hari bukanlah sama hari yang di alami ketika ini.  Zaman ini akan berakhir setelah munculnya Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S yang akan membawa kebenaran dan cahaya kepada Islam.


 FASA 5: Zaman Kenabian Al Masih Isa a.s
Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”
Sesudah turunnya Al Masih Isa Putra Maryam a.s, dia akan membunuh Dajjal. Nabi Isa juga akan membawa umat ini kepada jalan keselamatan dari ‘Yakjuj dan Makjuj’ sehingga hancurlah mereka itu. Kehidupan selepas itu akan kembali tenang dan damai dan manusia akan dapat melaksanakan tuntutan Imannya. Misi Al Masih Isa Putra Maryam akan terlaksana dalam masa 40 tahun dan sesudah terlaksananya misi yang Allah berikan kepadanya, dia akan kembali kepada Allah SWT dengan cara wafat seperti wafatnya manusia.

~wallahualam~


x

Wednesday 23 April 2014

hamba Allah to hamba Allah

Bismillahhirrahmanirrahim~

hmmm..long time x hupdate blog

jadikan dosa itu ujian yang Allah turunkan utk kita
as a muslim of course
jijik rasa diri ini bila terpalit dengan dosa2 dulu
Astaghfirullahaladzim
harap2 Allah terima taubat kita
sukar rasanya nk move on bila diri masiih ingat dosa2 dulu
dosa yg kita tahu
or dosa yg kita x tahu
mohon sangat2 Allah maafkan hambamu yg naif ni

one story to tell u olls
its not story actually
more to pesanan hamba Allah kepada hamba Allah

Saat memandang kain sempitmu, seluar ketatmu, baju sendatmu, tudung singkatmu,
solatmu yang kadang2 buat kadang tidak, berkapel tak kena gaya Islam, dan ibadahmu
Aku ingin sekali menegurmu
Namun,
hati ini sering sahaja terkaku. Rasa tak mampu. Rasa tak cukup baik nak tegur.
Kerana  merasa diri ini bukanlah insan yang terbaik untuk menegur.
Jauh di sudut hati terasa bimbang.
Aku bimbang di akhirat kelak.
Kau akan mempersoalkan aku.
"Kau adikku, kau kakakku,kau abangku, kau sahabatku. kenapa kau tak tegur aku?
Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan?
Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sorang2 kan?
Aku kurang ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku?tegur aku?
Kau tunggulah Hari Akhirat kelak.Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku."
Nauzubillah
The one of hardest things to do is bila nak tegur
Tambah2 lagi orang yg paling rapat.
tapi dengan post2 kecil sebegini. Hari ini.
Sekurang-kurangnya bila aku disoal kelak tentang apa yang aku lakukan di dunia,
Aku boleh menjawab
"Aku telah menegur mereka dengan post2 kecilku ini.
Dan ia penuh harapan dan selemah-lemah imanku.
Iaitu mendoakan mereka dari jauh. Semoga berubah.
Harapanku bukanlah sebesar lautan
cukuplah setitis air embun di pagi hari.
Beginilah cara aku menegurmu.
Ya Alllah,
Maafkan aku diatas kekhilafanku
yang sering mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan olehMu
Amin.



Friday 21 February 2014

IMANku di uji

mudahnya iman itu roboh
andai hati tak seteguh batu
laksana tembok yang dibina Dzulqarnain
memisahkan manusia dengan Yakjuj dan Makjuj

kekuatan iman diuji apabila Dia memberi ujian duniawi
ujian yang selayaknya diberi kepada manusia di muka bumi
Allahurobbi
Dia hanya mengoncang sedikit iman di hati
namun  manusia mula lupa diri
Iman mulai hilang tanpa disedari

Hilangnya iman perlu dicari
mencari iman bukanlah semudah abc
Tanpa kekuatan dalam diri
dan bantuan Ilahi
manusia akan terus hanyut dengan duniawi


sentiasalah istiqomah dalam diri
sesungguhnya
untuk meneruskan perjuangan menuju keredhaanNya
banyak dugaan dan pengorbanan perlu dilalui
maka,
jadilah
Insan yang merindukan syurga
Insan yang dahagakan selautan pahala
Insan yang mencari keredhaanNya
Insan yang mendambakan cintaNya

"bila Allah datangkan ujian, itu bukanlah satu bebanan,
pujuklah iman,pujuklah hati,
setiap pengorbanan pasti ada keberhasilan"-Rusydee Artz-

p/s: moral after annual camp~